25 June 2019

UNTUNGNYA RUHAINIES BILA KEKASIH HADIAH JAM TANGAN RM17,000


Bak kata orang, masa bercinta memang semuanya manis. Ia tidak terkecuali pada pelakon Ruhainies yang heboh diperkatakan di laman sosial apabila menerima hadiah jam tangan berharga RM17,000.

Orang nak bagi... takkan nak tolak kan? Heh.

"Jam ini sudah lama saya pakai, tapi tak tahu kenapa orang baru bercakap. Disebabkan kekasih seorang pengumpul koleksi jam tangan edisi terhad, jadi dia pun menghadiahkan saya seutas jam tangan.





"Orang bagi hadiah, takkan kita nak tolak? Lagipun dia kekasih saya, apa salahnya? Saya bukan jenis orang yang meminta. Apa yang diberi saya ambil. Tahun lalu pun pelbagai hadiah diberikan.

“Ini pertama kali saya pakai jam berharga belasan ribu ringgit. Saya pernah beli sendiri, tapi tidaklah semahal itu. Saya beli mengikut kemampuan saja. Kalau cincin nak merisik atau bertunang belum lagi.



"Kami sudah ada perancangan ke arah itu, cuma belum ditetapkan bila. Kalau boleh, biarlah kami fokus pada kerjaya masing-masing. Insya-Allah, kalau ada jodoh tak ke mana,” katanya yang juga pernah menerima hadiah sebentuk cincin yang ditempah khas daripada kekasihnya Mr E sebagai tanda cinta. Ketika itu, dia dilamar berlatar belakangkan Plaza Duomo Milan, Itali.

Waahhh... romantiknya.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: