09 June 2019

TAHNIAH - AZRINAZ MAZHAR HAKIM UMUM DIRINYA HAMIL ANAK KETIGA


Semalam iaitu Syawal yang keempat, bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim, 39, telah mengambil keberkatan itu dengan mengumumkan di laman Instagram rasminya bahawa dirinya kini sedang hamil enam bulan hasil perkahwinan dengan teman lama yang sudah dikenali sejak lebih 20 tahun lalu, Fairos Khan Abdul Hamid, 43, pada 1 Mei tahun lalu.





Kata Azrinaz, dia bersyukur kerana diberikan peluang untuk hamil sekali lagi, seterusnya bakal menimang cahaya mata ketiga. Ujar Azrinaz, tiada apa lagi yang diharapkan dirinya dan suami selain zuriat dalam kandungan dilahirkan sempurna.

"Seperti pasangan lain yang mengharapkan khabar gembira ini, saya dan suami juga tidak terkecuali. Jadi, bersama keberkatan Syawal yang sedang dirai, saya berkongsi berita gembira ini bersama semua. Saya memilih untuk mengumumkan kehamilan, sekarang, kerana enggan menggembar-gemburkannya terlalu awal.

Klik untuk gambar besar


"Saya dan suami amat bersyukur dengan rezeki yang menyebelahi kami. Berkat doa ibu bapa, sahabat handai dan anda semua yang amat saya sayangi, Allah memberikan saya peluang untuk mempunyai zuriat buat kali ketiga. Saya diberikan rezeki untuk hamil secara normal.

"Begitupun saya akui, untuk berbadan dua pada usia yang bukan lagi remaja, ia tidaklah semudah 11 tahun yang lalu. Harapan saya kini semoga kandungan berusia enam bulan ini akan terus dititipkan dalam doa kalian. Semoga bayi ini dilahirkan sempurna, cukup sifat, sihat dan secara normal tanpa sebarang komplikasi," katanya.



Menurut Azrinaz lagi, dia dan suami juga sudah melakukan proses imbasan bagi mengetahui jantina bayi: "Sudah tahu jantina bayi, cuma buat masa ini, biarlah kami simpan dahulu. Saya akan kongsikan selepas bersalin nanti. Alhamdulillah, sepanjang tempoh kehamilan, saya tidak mengalami sebarang alahan, cuma apabila malam, saya berasa sedikit letih sahaja," ujarnya yang sudah mempunyai beberapa pilihan nama untuk cahaya matanya itu nanti.

Sebelum ini, Azrinaz yang juga penulis kolum di Berita Harian dan suami sama-sama bertugas di TV3, namun mula rapat sejak lebih setahun lalu. Pasangan yang bernikah secara tertutup itu memilih Palestin sebagai destinasi bulan madu mereka pada Ramadan tahun lalu.

Untuk makluman, Azrinaz pernah berkahwin dengan dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada 2005 sebelum berpisah pada 2010. Hasil perkahwinan pertamanya, beliau dikurniakan dua cahaya mata, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 13, dan Pengiran Anak Puteri Wardatul Bolkiah, 11.






www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Kosmo & Instagram Azrinaz Mazhar Hakim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: