09 June 2019

FATTAH AMIN SEBAK KEHILANGAN DATUK, KONGSI PENGALAMAN JADI 'CUCU DIMANJAKAN'


Menerusi laman Instagram, pelakon Fattah Amin telah memuatnaik sekeping foto memaparkan van jenazah dan berkongsi detik duka apabila datuk kesayangannya, Musa Omar menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat. Sedih dengan perkhabaran berkenaan, Fattah turut berkongsi pengalaman manisnya membesar dengan kasih sayang datuknya itu.





"Maka di bawa bersama kenangan ketika kecil seringkali di bawa berjalan naik motor belakang atok untuk ikut pergi 'mengopi', kenangan duit rayaku di masukkan terus di dalam poket bukan sampul raya, kenangan jadi cucu yang paling dimanjakan kerana 'cucu sulung' maka kenangan itu menghiasi sulam memori indah ketika kecil akan terpahat sehingga hari-hari mendatang InshaAllah..

"Moga pemergian atok ku Musa bin Omar di hari penghulu segala hari di muliakan tempatnya di kalangan orang yang beriman. Amin. cucu Jebat," tulis Fattah yang turut berdoa agar datuknya dimuliakan tempatnya dalam kalangan orang beriman.

Dalam pada itu, ruang komen di Instagram Fattah turut dibanjir dengan ucapan takziah daripada netizen serta rakan artis. Antara yang kelihatan termasuklah isterinya sendiri, aktres Nur Fazura serta penyanyi dan pelakon Alif Satar.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fattah Amin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: