08 June 2019

WATAK 'USTAZ' - AZHAN RANI TAK MAHU BUAT LAGI


"Kalau ada tawaran untuk watak sebagai ustaz, saya tak akan buat lagi. Kalau Nur dipentaskan di pentas teater, itu saya akan terima," demikian kata pelakon popular dengan watak Ustaz Hamadi dalam drama bersiri 'Nur' dan 'Nur 2', Azhan Rani, 43, yang tidak mahu membawa watak ustaz dalam masa terdekat ini kerana tidak mahu penonton terlalu hanyut dengan watak sedemikian.





Azhan yang kini kerap dipanggil sebagai ustaz berkata, dia mahu penonton melihatnya sebagai pelakon yang boleh membawa pelbagai watak dan bukan sebagai ustaz saja. Azhan mengakui impak kedua-dua drama itu belum padam lagi. Walaupun dia melakukan perkara lain, orang tetap nampaknya sebagai Ustaz Hamadi.

"Saya berharap dapat satu cerita yang boleh menukar persepsi penonton supaya mereka nampak kemampuan saya melakonkan watak lain," katanya yang kini membintangi muzik video lagu raya berjudul 'Menanti Di Aidilfitri' nyanyian Wany Hasrita, Wani Syaz, Muna Shahirah dan Wan Azlyn dan sehingga kini, muzik video yang dimuatnaik sejak seminggu lalu mencatat lebih sejuta tontonan dan menjadi 'trending' tempat pertama di YouTube.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Azhan Rani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: