08 June 2019

BERAYA DENGAN BEKAS SUAMI - NETIZEN DOAKAN NONNY KEMBALI BERUMAH TANGGA


Menerusi laman Instagram, pelakon dan bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Nonny Nadirah telah berkongsi meraikan 1 Syawal bersama bekas suami, Mustain Adnan. Nonny atau nama penuhnya Nonny Nadirah Zainuddin, 30, memuatnaik rakaman video 'live IG' dia mengunjungi rumah bekas suaminya itu.





Menerusi video itu, Nonny berkata, dia dijemput bekas suami untuk datang beraya bagi mengeratkan silaturahim. Dalam video itu juga, Nonny turut mendoakan bekas suaminya dipertemukan jodoh terbaik.

"Berkawan lebih baik. Allah maha baik. Doa saja yang baik-baik. Ini bekas suami saya. Nasiblah hari raya, kalau tak, tidaklah saya tengok muka dia lagi. Dia cakap nak rapatkan silaturahim, jadi dia suruh datang beraya. Saya ini kalau ikutkan tiada mood nak beraya. Nak balik kampung pun tak nak.

Klik untuk gambar besar


"Saya 'team move on' dan 'team broken'. Tapi, tiba-tiba kena jumpa dia balik. Takkanlah dia 'team' saya. Tiada jodoh antara kami. Jodoh tak panjang. Sembilan tahun berkawan, tapi kahwin tak sampai setahun. Pertemukanlah dia dengan pasangan yang terbaik daripada aku," katanya.

Video berdurasi 8 minit 55 saat yang dimuat naik semalam itu sudah mencecah tontonan hampir 100,000 dan mendapat lebih 200 komen. Melihat kemesraan dan keserasian antara Nonny dan bekas suami, warganet turut mengharapkan sesuatu yang baik bakal terjalin semula. Malah, tidak kurang juga netizen yang sebak melihat kedua-dua masih berkawan walaupun telah berpisah beberapa bulan lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 18 Mac tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah dan sudah tidak tinggal sebumbung sejak Oktober tahun lalu sebelum bercerai sekitar Mac tahun ini. Bak kata perpatah, buang yang keruh ambil yang jernih, mungkin itu yang dipraktikkan Nonny pada Syawal ini.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Astro Gempak & Instagram Nonny Nadirah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: