08 June 2019

10 FOTO: 'CURI-CURI CINTA' BERTUNANG DI AUSTRALIA - ZAINOL SEDIH TAK DAPAT HADIRI


"Engaged (Bertunang). Alhamdulillah, syukur," demikian kata pelakon Aiman Hakim Ridza secara ringkas yang tentu sahaja cepat mendapat perhatian pengikutnya selain peminat dan teman artis dengan masing-masing mengucapkan tahniah atas pertunangannya dengan pelakon Zahirah Macwilson.





Pasangan pelakon utama slot Megadrama menerusi drama 'Curi-Curi Cinta' yang sedang hangat ditayangkan itu selamat mengikat tali pertunangan hari ini di kediaman ibu pelakon wanita itu di Perth, Australia. Selain Aiman, 30, berkongsi berita gembira itu menerusi laman sosial Instagramnya yang disertakan dengan gambar mereka berdua di pelamin, Zahirah, 24, turut berkongsi gambar cincin yang tersemat di jari manisnya di akaun Instagram miliknya.

Melihat pada gambar yang dikongsikan di laman sosial, pasangan terbabit kelihatan sama cantik sama padan dalam persalinan rona kuning cair. Hubungan cinta pasangan ini bukan lagi rahsia apabila Aiman mula berkongsi gambar mereka berdua pada Disember tahun lalu, berserta dengan tanda pagar #ZahirAH. Terdahulu, bintang kelahiran program Mentor musim kelima itu dan beberapa ahli keluarganya dilihat menyambut Aidilfitri bersama keluarga Zahirah di Australia.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, bapa Zahirah yang juga pelakon iaitu Zainol Macwilson atau nama penuhnya Zainol Johari Macwilson, 61, ketika dihubungi ditanya mengenai pertunangan anaknya dengan Aiman, melahirkan rasa sebak disebabkan tidak dapat bersama anaknya kerana masih berada di Perlis.

Bagaimanapun, Zainol tetap gembira dengan pilihan anaknya itu dan mendoakan segala yang dirancang berjalan lancar. Ditanya mengenai majlis pernikahan, Zainol berkata, dia belum dimaklumkan mengenai perkara itu.

"Zahirah sudah maklumkan kepada saya mengenai perkara ini yang mana Aiman dan keluarganya mahu datang ke Perth, Australia pada raya ini. Sejujurnya, perasaan saya bercampur baur. Sedih, gembira semua ada. Itu pilihan dia, jadi saya tak boleh larang.



"Kakak (Zahirah) memang sudah minta izin. Cuma, dia tak bagi cakap dulu. Saya sedih sebab tidak dapat bersama mereka. Pagi tadi hantar ucapan tahniah pun, saya hiba dan sedih. Siapa tak sayangkan anak. Saya memang sayangkan anak dan tak pernah abaikan mereka.

"Fasa nikah tak tahu lagi bila. Saya belum dikemaskini. Cuma, apa saya ingin pesan adalah ikatan pertunangan ini bukan 'tiket' untuk bebas keluar ke hulu hilir. Tak manis dipandang orang. Macam sebelum ini pun, saya tengok di Instagram kakak, ramai yang memberikan maklum balas. Ada positif dan negatif," katanya.

Sementara itu, ibu Zahirah, Maslinda Yusoff menerusi hantaran di Instagram mendoakan semoga ikatan pertunangan itu kekal hingga diijab kabulkan nanti: "Alhamdulillah, selesai majlis pertunangan anak perempuan kami. Mama dan ayah mendoakan semoga kekal hingga diijab kabulkan. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan memperkenankan niat yang mulia bersama. Amin".
















www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Harian Metro, Instagram Zahirah Macwilson, Aiman Hakim Ridza, @hazeyhaze85, @nursya10_zmfc, @hitzdrama @zahirahmacwilson_fc, @hadirah_aimi @creativechamber & #zahirah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: