08 June 2019

'MOHAMAD EIDREES', NAMA ANAK SULUNG ANZALNA NASIR & HANIF


Selepas genap tujuh hari kelahiran, suami kepada pelakon Anzalna Nasir, Mohamad Hanif telah berkongsi sedutan video sekitar majlis tahnik yang berlangsung semalam dan turut mengumumkan nama anak sulungnya yang lahir pada 31 Mei lalu dengan nama 'Mohamad Eidrees'.





"Sebagaimana Sunnah Nabi saw, setelah cukup 7 hari, kami ingin mengumumkan selepas ditahnik oleh my mama, mother in law and my father in law, anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Eidrees Bin Mohamad Hanif. Semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia dan akhirat. Amin," tulis Hanif sambil dihujani dengan ucapan tahniah dari pengguna media sosial.

Sementara itu, menjengah ke akaun Instagram Anzalna pula, bintang cantik ini turut berkongsi dekorasi bersempena dengan majlis berkenaan: "Just a simple decoration from The Calla for Tahnik ceremony tonight. Cuba teka nama baby bermula dengan EID sebab dia lahir nak raya kan..".

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Mohamad Hanif & Anzalna Nasir




         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: