19 July 2019

5 TAHUN SIMPAN HASRAT - ERRA GEMENTAR TUNAI HAJI SOLO AWAL OGOS INI


"Sejujurnya saya gementar tetapi sangat teruja dan sudah tidak sabar. Itu perkara baik dan perjalanan ini antara saya dan Tuhan, semoga ia dipermudahkan. Saya akan berangkat menunaikan haji pada awal Ogos dan sebenarnya sudah lima tahun saya menyimpan hasrat ini.





"Oleh itu, ada beberapa syarat yang patut saya patuhi dan sekarang adalah masa yang sesuai, usia pun sudah layak dan Alhamdulillah saya dipanggil ke sana," tutur primadona filem Melayu, Erra Fazira yang mengakui agak sedikit gementar.

Ibu tunggal kepada cahaya mata perempuan, Engku Aleesya ini akan mengerjakan rukun Islam yang ke-5 iaitu menunaikan haji di Mekah buat pertama kalinya pada bulan depan secara solo atau berseorangan tanpa mahram.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Erra Fazira


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: