19 July 2019
RESTORAN SUAMI TERBAKAR - NADYA SYAHERA MASIH TERKEJUT & TRAUMA
"Allahuakbar! Dugaan Allah datangkan untuk kami. Restoran The Golok Cafe terbakar. Punca daripada gas bocor. Dan kami halalkan semua yang makan di restoran kami tadi. Doakan urusan kami dipermudahkan. Alhamdulillah semua sempat selamatkan diri. Cuma ada seorang staff yang cedera.
"Minta maaf kepada semua customer yang ada semasa kejadian tadi," demikian tulis pelakon Nadya Syahera, 26, di lamn Instagramnya yang mendedahkan sebuah restoran milik suaminya, Fizul Nawi di Seksyen 7, Shah Alam telah terbakar kira-kira jam 10.15 malam semalam dan menurutnya kebakaran berlaku berpunca daripada kebocoran gas.
Walaupun insiden itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan teruk, Nadya bagaimanapun memberitahu salah seorang pekerjanya melecur di tapak tangan akibat cubaan untuk menarik keluar tong gas daripada meletup: "Kejadian berlaku ketika pekerja saya mahu menukar tong gas baharu. Apabila dia buka penutup gas, tiba-tiba gas menyembur keluar dan terus menyambar api dari kawasan dapur.
"Suami saya dan pekerja lain cuba untuk memadam api yang sedang marak tapi tak berjaya sebab gas terlalu banyak. Ada pula seorang pekerja saya ini jenis melatah dan apabila dia dengar orang jerit suruh tarik tong gas, dia pun pun terus berlari masuk ke dalam untuk tarik.
Klik untuk gambar besar
"Akibat darpada itu, tapak tangan kanannya melecur teruk. Nasib baik juga gas itu tak meletup ketika dia cuba tarik keluar," jelas pelakon drama 'Setelah Terlafaznya Akad' ini dan suaminya membawa pekerja yang mengalami kecederaan itu ke hospital bagi menerima rawatan.
Nadya dan suaminya turut memuatnaik video detik ketika restoran mereka, 'The Golok Cafe' terbakar menerusi laman Instagram masing-masing. Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Nadya turut berkongsi rasa simpati serta mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan.
Dalam pada itu, biarpun terkejut dan trauma namun Nadya bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku dan kebakaran itu tidak melibatkan kediaman penghuni di atas kedainya: "Saya masih terkejut dan trauma sebab kebakaran itu berlaku betul-betul depan mata saya tapi apa-apa pun saya bersyukur semua pelanggan yang ada ketika itu tidak mengalami kecederaan. Nasib baik juga bomba sempat memadam api sebelum marak ke rumah atas kedai makan kami. Kerosakan hanya di ruang masak di hadapan kedai sahaja," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Astro Gempak & Instagram Nadya Syahera & Fizul Nawi
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment