19 July 2019

35 JAM TERKANDAS - SUAMI YATT & SUKARELAWAN BERJAYA MENEMBUSI PINTU RAFAH


Setelah terkandas hampir 35 jam kerana tiga kali gagal melepasi Pintu Rafah Sinar, Mesir, akhirnya kini suami kepada pelakon Yatt Hamzah, Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 27 dan beberapa sukarelawan lain termasuk rakan-rakan artis seperti Heliza Helmi dan Hazwani Helmi berjaya menembusi pintu tersebut malam semalam.





Yatt meluahkan rasa syukur suaminya bersama delegasi yang menyertai misi kemanusiaan #WakeUpForGaza anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bagi membantu rakyat Palestin itu selamat dan akan pulang ke tanah air malam ini.

"Assalamualaikum semua.. Salam Jumaat Sayyidul Ayyam. Yeayy malam ni Abah kami balik dari Gaza.. Yeayy.. Kami nak ambil Abah kat Airport KLIA. Alhamdulillah suami Bonda dan ahli2 misi #wakeupforGaza sudah melepasi Pintu Rafah Sinai (Mesir) selepas 3 kali gagal, mengakibatkan hampir 35 jam terkandas.

Klik untuk gambar besar


Alhamdulillah sekarang sudah dalam bas utk mulakan perjalanan ke Kaherah. Jazakumullah atas doa sahabat sekalian.. MOHON TERUSKAN BERDOA BUAT MEREKA AGAR DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN.. 🤲❤️ *Ambil faham & hayati* Ini hanya 1% dari penderitaan saudara Gaza kita yang terkepung sudah 12 tahun dan dirampas tanah air mereka sejak 1948.

"*Sani Araby Al-Kahery* 1.53 pm (waktu Mesir) 6.53 pm (waktu Malaysia) Rafah Crossing Border, Sinai. Isteri & Anak2 are waiting for you to come home.. Be safe sayang @zulfadhli_khiruddin ❤️🤲😍😘," kata Yatt yang memaklumkan khabar berita tersebut di akaun Instagram miliknya

Menerusi perkongsian tersebut, Yatt memuatnaik video rakaman berita sebuah stesen yang membawa perkahabaran baik itu. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar semua urusan mereka berjalan lancar. Sebelum ini, Yatt meluahkan rasa sedih dan risau apabila suaminya yang merupakan Pengarah Media MAPIM bersama rombongan terkandas selepas ditahan tentera Israel di pintu Rafah, Mesir.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Yatt Hamzah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: