19 July 2019

"MALAYSIA, INI UNTUK ANDA" - EIZLAN YUSOF TERIMA ANUGERAH DI KOREA


Tahniah kami ucapkan kepada pelakon dan penerbit, Datuk Seri Eizlan Yusof atau nama sebenarnya Datuk Seri Idris Md Yusof, 48, yang menerima anugerah Asian Most Promising Actor Award di Festival Filem Art Chunsa ke-24 (24th Chunsa Film Art Awards) di Seoul, Korea Selatan semalam.





Bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata, ia satu penghormatan buatnya sebagai anak seni dari Malaysia yang menerima pengiktirafan tinggi di luar negara terutama dari Korea Selatan: "Malaysia, ini untuk anda!. Umum mengetahui negara itu maju dalam industri perfileman di peringkat antarabangsa.

"Ia juga membuktikan bakat dari Malaysia boleh melebarkan sayap ke luar negara dan secara tidak langsung membuka peluang kepada kita untuk mendapatkan kerjasama antara dua negara bagi memperkasakan industri kreatif Malaysia," luah Eizlan yang berada di negara itu sejak 17 Julai lalu dan pulang ke Malaysia hari ini.

Klik untuk gambar besar


Anugerah dimenangi Eizlan itu adalah kategori baru yang diwujudkan dalam festival yang diasaskan Persatuan Pengarah-Pengarah Filem Korea sejak 1990. Kategori Asian Most Promising Actress pula diberikan kepada pelakon dari China, Li Yixiao manakala Asian Most Promising Director diberikan kepada Bo Lin juga dari China.

Dalam acara itu, filem 'Parasites' arahan Bong Joon-ho menang empat anugerah termasuk pengarah terbaik. Pelakon Ju Ji Hoon dan Cho Yeo-jeong pula masing-masing membawa pulang anugerah Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik. Antara pelakon bertaraf antarabangsa yang pernah menang dalam pelbagai kategori pada anugerah itu sebelum ini ialah Ha Jung Woo, Lee Byung-hun dan Yoo Ah In. Filem popular yang pernah mencipta sejarah dalam festival itu sebelum ini antaranya 'Train To Busan' dan 'Along With The Gods: The Two World'.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Eizlan Yusof


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: