19 July 2019

'HAA TEPOK' JADI LAGU PENYANYI RAP: "SINI KASI BAYAR DULU..." - SAKINAH


"Taraaa maslaah. Sini kasi bayar dulu. Menyesal tak register intellectual property dulu. Takpalah I sedekah," demikian tulis pelakon Sharifah Sakinah yang menyedari trademark 'Haa tepok' yang dipopularkan olehnya itu kini sudah dijadikan lagu dan judul oleh seorang penyanyi rap.





Sakinah akui menyesal kerana tidak mendaftarkan hak cipta ayat tersebut sebagai hak miliknya dan pada mulanya meminta ia dibayar namun kemudian merelakannya. Pelakon 'Girlfriend Aku Dari Neraka' itu berkongsi perkara tersebut di entri terbaharunya dalam laman Instagram.

Menerusi entri tersebut, Sakinah memuatnaik sedutan lagu tersebut yang menyebut "Haa Tepok". Entri berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada peminat dan pengikutnya termasuk yang meminta Sakinah menuntut haknya. Untuk makluman, 'Haa tepok' tular selepas ia dipopularkan oleh Sakinah dalam telefilem 'Bini Aku Dari Neraka' setahun yang lalu.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sharifah Sakinah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: