26 July 2019

7 FOTO - PENYANYI LAGU 'LAGI SYANTIK' SELAMAT NIKAHI KRISJIANA


Pada jam 9 pagi semalam, waktu Indonesia Barat, penyanyi yang popular dengan lagu 'Lagi Syantik', Siti Badriah telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya yang juga pelakon, Krisjiana Baharudin. Menurut Siti Badriah, dia memilih rumah ibu bapanya yang terletak di lorong kecil sekitar Pasar Setu, Bekasi itu atas beberapa sebab.





"Dari awal lagi, saya sudah beritahu bahawa lokasi ini dipilih kerana permintaan ibu bapa. Ya, saya satu-satunya anak perempuan dan paling bongsu. Jadi, mereka ingin rumah ini digunakan untuk akad nikah," katanya.

Walaupun lokasinya adalah lorong kecil, beberapa perhiasan menjadikan tempat itu nampak meriah dan sesuai untuk dijadikan lokasi akad nikah. Bertemakan putih dan krim, lorong yang menjadi laluan selebar satu motosikal itu dihias dengan bunga-bungaan serta papan tulis tertera tulisan 'Akad Nikah Siti & Kris' sebagai petunjuk kepada tetamu.

Beberapa rumah jiran sekitar pula dijadikan ruang untuk meletak makanan buat tetamu yang hadir. Sementara itu, Krisjiana pula berkata, majlis resepsi seterusnya akan berlangsung di Tapos, Puncak, Jawa Barat pada 27 Julai: "Pertama ini buat keluarga saja. Yang di Tapos itu, buat ramai," katanya yang melamar Siti Badriah pada Januari lalu ketika kedua-duanya bercuti di Korea Selatan.

Klik untuk gambar besar













www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: