26 July 2019

ISTERI AMMAR ALFIAN DEDAH TAK TINGGAL SERUMAH, BELUM BERCERAI


"Semua tahu apa yang berlaku antara kami berdua cuma sekarang saya mahu fokus dengan kandungan bayi saya yang akan dilahirkan tidak lama lagi. Kami sekarang sudah tidak tinggal bersama tetapi kami masih suami isteri.





"Tetapi kami akan menyelesaikan masalah ini selepas bayi kami dilahirkan nanti," kata isteri kepada pelakon sasa Ammar Alfian, Nelissa Nezam yang mendedahkan mereka kini sudah tidak tinggal serumah sejak Mei lalu, bagaimanapun jelasnya, hubungan mereka masih sebagai suami isteri.

Nelissa turut berkongsi keterujaannya menyambut kelahiran anak sulungnya dalam masa terdekat: "Saya sangat teruja tetapi pada masa sama rasa gementar," tambahnya yang baru mengadakan majlis baby shower minggu lalu dan Ammar kini berada di Barcelona, Sepanyol.

Terdahulu, rumah tangga Nelissa dan Ammar dilaporkan berantakan setelah dia sendiri mendedahkannya kepada khalayak menerusi posting di Instagram. Dakwa Nelissa ketika itu, suaminya ditangkap curang sewaktu dia sedang hamil enam bulan.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Nelissa Nizam & Ammar Alfian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: