Baru-baru ini, pasangan selebriti, Shakilla Khoriri dan suaminya Fizi Ali yang menerima kehadiran cahaya mata pertama mereka, Ameena Sofia pada 14 Mac lalu yang kini berusia lima bulan itu telah mengadakan majlis aqiqah. Malah, momen indah sepanjang majlis itu turut dikongsikan Shakilla menerusi Instagram miliknya.
Bertemakan warna-warni lembut, majlis yang disambut secara sederhana itu diadakan di Shah Alam dan kelihatan, mereka sekeluarga turut sepakat mengenakan persalinan rona jingga lembut pada majlis berkenaan. Ameena yang lahir dengan berat 3.7 kilogram secara pembedahan hasil perkahwinan Shakilla dan Fizi pada 18 Februari tahun lalu itu sentiasa tersenyum saat majlis dijalankan.

Klik untuk gambar besar






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Shakilla Khoriri , Fizi Ali & Ameena Sofia
________________________

No comments:
Post a Comment