08 July 2019

SEBELUM KEHADIRAN EIDREES - ANZALNA DEDAH HAMPIR BUAT HSG & IVF


"Anzalna Nasir dan Hanif Zaki berkahwin pada tahun 2016. Kehadiran Mohamad Eidrees pada tahun 2019 melengkapkan ikatan perkahwinan kami. Mengambil masa selama 3 tahun untuk dapatkan Eidrees, tidak pernah sekali pun berputus asa kerana percaya Allah adalah sebaik-baik perancang dan bukan manusia!





"Jangan hiraukan apa orang nak kata, yang penting kita suami isteri bahagia. Jangan pernah putus berdoa dan jangan jadikan isu tiada zuriat untuk bergaduh. Bagi yang sudah ada zuriat, jangan berlagak dengan yang belum ada zuriat kita tak tau masa depan anak kita macam mana.

"Tahun pertama perkahwinan, Anzalna dan Hanif teringin menimang cahaya mata tetapi disebabkan jadual shooting yang padat terpaksa kami plan. Tahun kedua, Anzalna berehat dari shooting sebab sudah bersedia untuk buat anak! Hahahahaha...

"Kami mencuba dari awal sampai tengah tahun 2018 tapi masih tiada "good news" terpaksa jumpa doctor gynae untuk buat check up. Hanif pun kena check juga. Alhamdulillah kami berdua tiada masalah. Anzalna hampir buat (HSG) test for blocked fallopian tubes tetapi disebabkan kami ada melanggar peraturan sebelum buat HSG terpaksa ditangguhkan doctor tak bagi buat! kena buat appointment lagi sekali.

Klik untuk gambar besar


"Anzalna banyak ke luar negara tahun lepas jadi terpaksa tangguhkan untuk buat HSG. Kami juga hampir buat IVF tetapi Alhamdulillah Allah dengar rintihan hati kami berdua yang betul teringinkan anak. Pulang dari Italy bulan 10 tahun lepas, Anzalna disahkan hamil. Selain dari check up, pemakanan pun kena jaga sebenarnya. Anzalna amalkan makan asid folik, buah delima, susu kambing, Phytonatal dan Akar herbanika dari @nr.mustajab.

"Nak pesan, Kalau plan nak jumpa doctor, tolong ambil berat tarikh period! berapa lama period dan berapa cycle sebab bila pergi check up doctor akan tanya. Semoga dengan perkongsian Anzalna sedikit sebanyak dapat membantu. Cuba share pengalaman masing-masing," demikian kongsi pelakon Anzalna Nasir yang mendedahkan perjalanan yang ditempuhnya sebelum selamat menimang cahaya mata pertama, Mohamad Eidrees.

Menerusi akaun Instagram Eidrees, Anzalna tidak pernah putus asa untuk mendapatkan anak untuk menjadi penyeri rumah tangganya. Tambah Anzalna lagi, dia dan suami, Hanif Zaki hampir melakukan persenyawaan in vitro (IVF) sebagai usaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji pasangan ini yang mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 dan menerima kehadiran Eidrees pada 31 Mei laluitu kerana mereka begitu sabar menjalani ujian dalam mendapatkan cahaya mata.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Anzalna Nasir


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: