08 July 2019

ERRA FAZIRA BAKAL TUNAI HAJI OGOS DEPAN SEORANG DIRI TANPA DITEMANI?


"Erra akan ke sana tanpa ahli keluarga atau kawan-kawan. Insya-Allah Erra akan berada di Mekah selama dua minggu," demikian menurut rakan terdekat mengenai pelakon dan penyanyi Erra Fazira yang difahamkan akan mengerjakan haji bulan hadapan selama dua minggu itu tanpa ditemani ahli keluarga atau rakan.





Malah, dikhabarkan penyanyi 'Jendela Hati' itu turut merakamkan rasa teruja dan gembira kerana sekali lagi dapat menjadi tetamu Allah. Erra sebelum ini pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah beberapa tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, ibu tunggal kepada seorang anak perempuan, Engku Aleesya ini baru sahaja selesai menjayakan pembikinan filem 'Wangi' arahan Yeop Hitler. Turut sama terlibat di dalam filem berkenaan ialah Sharnaaz Ahmad, Nabila Huda dan ramai lagi.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Erra Fazira


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: