08 July 2019

BILA FATTAH AMIN BERJAYA HAPUSKAN GELARAN 'PELAKON KAYU'


Akhirnya setelah sekian lama gelaran 'pelakon kayu' melekat pada dirinya itu berjaya dihapuskan selepas kini ramai yang memuji lakonan pelakon Fattah Amin yang dilihat semakin hebat sehingga berjaya menyentuh hati para penonton.





Lakonan Fattah menerusi drama 'Cetera Hati Diya' yang kini disiarkan di TV3 ternyata mendapat pujian ramai dan ada yang berpendapat zaman Fatah 'pelakon kayu' sudah menjadi sejarah. Malah ada netizen mengatakan mereka bukanlah peminat Fattah, namun selepas menonton drama itu ternyata Fattah berjaya menjiwai watak tersebut.

Tidak kurang juga ada yang memberikan komen lakonan Fattah membuatkan mereka menitiskan air mata dan Fattah sememangnya pelakon yang tepat membawakan watak berkenaan. Nampaknya gelaran 'pelakon kayu' yang diberikan ternyata tidak mematahkan semangat suami kepada Fazura ini dan semoga Fattah Amin terus bersinar di dalam industri hiburan tanah air.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Fattah Amin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: