22 July 2019

"AKID TAK BOLEH BANGUN LANGSUNG" - ANAK LAN KENA HEMPAP LELAKI 90KG ++


"Kejadian 6.30pm tadi di ice skating Ioi City Mall. Akid jatuh sebab tak dapat balance badan (1st time main). Tiba-tiba datang seorang lagi lelaki mat salleh jatuh hempap atas belakang Akid. Akid tak boleh bangun langsung. Masa tu KY dah fikir macam-macam dah sebab KY dengan LS kat luar kaca temapt main tu. Memang nampak Akid tak bergerak. Dia menangis je atas ais tu.





Berlari tak cukup tanah rasanya bila nampak dia kena hempap dengan lelaki yang berbadan besar tu. Dia nangis sekuat-kuatnya. Alhamdulillah, pihak ice skating tu bertindak pantas dan lelaki tadi jugak nampak sangat risau takut pinggang Akid patah. Dia mengaku dia jatuh atas badan Akid yang berat dia baru 16kg.

"Berat lelaki tu dlm 90kg ++. Benda dah nak jadi takkan KY nak mengamuk kat situ pulakan," demikian tulis isteri kepada penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim yang berkongsi detik cemas yang dihadapinya bersama suami apabila anak ketiga mereka, Muhammad Akid Qassyaff dihempap oleh seorang lelaki seberat 90kg ++ ketika sedang bermain 'ice skating'.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Sheila turut memberi candangan agar pihak pengurusan tersebut dapat mengasingkan tempat permainan untuk kanak-kanak dan orang dewasa supaya perkara sedemikian tidak berlaku pada orang lain: "Cuma sekadar cadangan.

"Kalau-kalau in future, pihak ice skating tu boleh asingkan tempat untuk yang amatur dengan yang dah terrer sebab yang terer ni suka tunjuk aksi yang diorang boleh laju-laju atas ice tu jadi tak sempat brek. Habis terkena orang lain. Sekadar cadangan jela. Apa-apa pun, terima kasih kepada semua yang membantu kami kat Ioi City Mall tadi.," ujarnya.

Lan dan Sheila mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009. Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara, Muhammad Akid Qassyaff dan Nur Amna Quxandra.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Lan Solo & Nur Sheila Hassim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: