Awal pagi tadi, pelakon Umie Aida telah berkongsi sekitar sesi tahnik yang dilakukan oleh Tuan Guru Sheik Muhammad Nuruhuddin buat anak angkatnya yang telah diberi nama 'Nur Aisya'. Perkongsian foto dan video yang dimuatnaik pelakon filem 'Dukun' itu menerusi laman Instagram telah menarik perhatian.

"Alhamdulilah.. rezeki Nur Aisya dapat bertahnik dengan Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin . Semoga dapat barakah para Ulama dan menjadi anak yang solehan & taat pada perintah Allah. Dan sentiasa didlm rahmat Allah dan diberkatiNYA. Aamiin #bertahnik #sunat," tulisnya.
Melihat pada ruangan komen, para peminat turut menzahirkan rasa syukur dan berdoa agar bayi comel itu membesar menjadi insan solehah. Sambil melakukan sesi tahnik, Umie turut berkongsi beberapa foto dan video percutiannya di InstaStories di sebuah lokasi yang turut disertai anggota keluarga serta rakan terdekat.
Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Umie Aida
________________________

No comments:
Post a Comment