09 July 2019

ALHAMDULILLAH - AINUL MARDHIAH BERSIAP KEMBALI KE MALAYSIA



"Assalamualaikum.

"Persiapan untuk pulang sedang dibuat.

"Alhamdulillah, keadaan ainul semakin baik. Namun masih perlu dijaga rapi untuk memastikan ainul sembuh dan kuat. "Pengalaman yang lepas, ainul mendapat infection setelah mengharungi perjalanan yang panjang selama tiga belas jam penerbangan, mudah-mudahan perjalanan pulang kali ini Allah swt melindungi ainul dan kami semua.

"InshaAllah, ada rezeki bila ainul dah betul-betul bersedia nanti, ainul boleh berjumpa dengan tuan puan semua.



"Buat masa sekarang, disebabkan ainul ini terlalu fragile, doktor minta supaya kurang mendedahkan ainul supaya risiko mendapat infection dapat dikurangkan.

"Walaubagaimana pun, kami sangat berbesar hati dan gembira bila dapat pulang ke tanah air. Malaysia adalah tempat ainul!

"Terima kasih tuan puan semua kerana mendoakan ainul dan seterusnya mendoakan kami semua.

"Kami berharap kepada Tuhan Yang Maha Esa semoga doa doa yang baik itu dikembalikan semula kepada tuan/puan dan juga keluarga. Amin!" tulis Ahmad Safiuddin,bapa Ainul.

Alhamdulillah... Moga perjalanan mereka nanti selamat dan dirahmati. Amin.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: