08 July 2019

SEPTEMBER DEPAN - FAIZAL ISMAIL SAMBUNG BELAJAR DI UK, MOHON DOA


"Insha-ALLAH sekiranya tiada apa-apa aral, saya akan melanjutkan pelajaran ke peringkat MASTER di CARDIFF UNIVERSITY UK pada September ini... Sesuatu yang dah lama saya rancang namun kerana urusan peribadi dan bisnes maka tahun ini, ALLAH izinkan...





"Master dalam bidang INDUSTRI KREATIF (Creative Industries) yang akan saya manfaatkan untuk diri dan Malaysia. Apapun, bisnes @efbifoodproduct_hq akan tetap berjalan seperti biasa kerana sudah ada team yang menguruskan. Saya juga akan membawa produk 'Ready to Eat' ini utk diperkenalkan di sana.

"Begitu juga @dbilique, saya akan mengusahakan 'content' berlainan sepanjang berada di sana. Doakan segala urusan dipermudahkan, Insha-Allah," tulis pengacara Faizal Ismail yang memberitahu dia akan melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di Cardiff Univercity, United Kingdom pada September depan.

Klik untuk gambar besar


Bekas penyampai radio yang berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya itu bakal menyambung pengajian dalam bidang Industri Kreatif yang mana akan memberi manfaat kepada dirinya dan Malaysia.

Dalam pada itu, Faizal berkata, bisnes makanan yang diusahakan akan berjalan seperti biasa. Dia juga merancang untuk membawa produk jualannya untuk diperkenalkan di sana. Selain itu, Faizal berkata, program temu bual dalam talian bersama pengacara Fara Fauzana iaitu Dbilique akan diteruskan dengan pengisian berlainan sepanjang berada di luar negara. Dia juga meminta orang ramai mendoakan agar perancangan itu berjalan lancar.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Faizal Ismail


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: