08 July 2019

DIKECAM GURAU NAMA ANAK - PU ABU & HANA AZRAA 'KUNCI MULUT' STATUS 'HAMIL'


Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan menerusi laman Instagram miliknya telah melakukan perkara yang sama iaitu mendedahkan wajah anak sulungnya selepas bekas isteri iaitu Ain 'Afini Latif berbuat demikian. Dalam kapsyennya, PU Abu memberithau anaknya comel tetapi dalam masa yang sama, PU Abu bergurau dengan seolah-olah mengeluh dengan namanya yang dikatakan panjang.





Sempat berseloroh, PU Abu juga mengatakan nama anaknya pasti sukar untuk disebut jurunikah atau tok kadi kelak bila berkahwin: "Muhammad Adam Aysar bin Muhammad Abu Sufyan. Dah lah comel,nama panjang pula tu. Aku tak tahu macam mana Tok Kadi nak sebut nama dia nanti time nikah".

Namun begitu, entri tersebut telah mendapat perhatian netizen dimana ada diantara mereka yang mengambil serius perkara terbabit dan mengecam PU Abu biarpun kapsyen yang ditulis hanya sekadar gurauan: "Geram pula aku, ni mesti ex-wife kasi nama anak lepastu dia perli...” kata salah seorang netizen. - Anak sendiri pun perlu, apa punya bapak," kecam lagi salah seorang pengikutnya.

Sementara itu, terdapat netizen yang sengaja memerli PU Abu kembali kerana didakwa berbicara tentang nikah terlalu awal sedankan anaknya masih kecil: "Harap dia nikah sekali je, tak ada cerai-cerai macam...," komen seorang netizen yang membiarkan ayatnya tergantung. - Awal lagi fikir pasal tok kadi sebut nama nak nikah, fikirkan masa hadapan baby tu, untung baby ada ibu yang kuat," luah salah seorang pengikutnya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, menerusi status di laman InstaStory isteri PU Abu iaitu Hana Azraa, dia seakan memberi gambaran dirinya kini sedang hamil. Ditanya mengenai kepastian, Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir berkata, dia bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi sebarang berita baik buat masa ini.

"Insya-Allah tidak lama lagi saya akan kongsi. Sebab saya belum bersedia lagi nak kongsi apa-apa buat masa sekarang melainkan perkara itu daripada Abu sendiri," katanya yang diminta mengulas mengenai video ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik wanita yang dimuatnaik di laman InstaStory.

Dalam pada itu, PU Abu atau nama penuhnya Mohd Abu Sufya Mohd Mokthar Rozaidi ketika dihubungi itu turut mengambil langkah berdiam diri: "Insya-Allah, apa-apa saya akan beritahu nanti," tuturnya secara ringkas.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, mStar & Instagram PU Abu Sufyan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: