14 July 2019

ALIFF SYUKRI TUNGGANG GAJAH DI THAILAND - NETIZEN 'PANAS HATI'


Seperti biasa apa yang dikongsikan pengasas D'herbs, Datuk Seri Aliff Syukri di laman sosial sememangnya sering menjadi perhatian dan bualan ramai. Baru-baru ini, Aliff Syukri ada memuatnaik fotonya menunggang gajah ketika berada di Thailand.





Bagaimanapun, perkongsiannya itu membuatkan netizen 'panas hati' kerana ramai tahu gajah-gajah itu telah didera bagi menjinakkan haiwan tersebut dan dipaksa untuk membawa pelancong. Rata-rata netizen mengecam usahawan itu dan mengatakan menunggang gajah seolah menyokong kepada penderaan haiwan tersebut.

Kata netizen lagi, meskipun sebelum ini sudah banyak perkongsian mengenai haiwan itu didera, namun ia masih tidak memberikan kesedaran kepada orang ramai termasuk usahawan tersebut. Malah ramai yang meminta Aliff memadam gambar tersebut serta menggesa supaya berhenti serta tidak mempromosikan kekejaman terhadap haiwan. Tiak kurang juga ramai yang meluahkan rasa sedih melihat gambar gajah tersebut seolah dalam kesakitan.

"Korang nampak gajah ke korang nampak abang?? Sebenarnya abang dah mula bosan duduk dekat Thailand ni.. maklumlah dah hampir 10 hari abg di sini.. misi abg untuk trevelog dan juga cooking show abang Amboi Amboi masak...

Klik untuk gambar besar


"Ramai pihak yang terlibat dan banyak duit yg habis... tapi abg yakin program abg akan meletop dan ia akan menjadi satu memori indah utk abg kenang dgn team @aslcosmetic.my ... siapa Yang tak sabar tunggu program abang siap??hanya di channel YouTube tv Telajak laris tidak lama lagi..

"Di mana abang menjelajah lebih lima negeri di Thailand dan syukur Alhamdulillah kerana semua kelengkapan tempat tinggal lokasi abg dan team abg telah ditaja sepenuhnya oleh mereka yang menghargai kerja keras abang salam ini sbb laman sosial abg yg kuat..

"Kiranya abang promosi tempat dia dan abang pula dapat jimatkan kos produksi shooting di sini... siapa kat sini kawan abang yang tak sabar sabar.. tunggu program abang disiapkan cuba korang komen di bawah," demikian kapsyen Aliff pada gambar dirinya menunggang gajah di Thailand.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Media Hiburan & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: