04 July 2019

ANAK BAKAL JALANI PEMBEDAHAN PINTASAN JANTUNG BULAN INI - HUNNY MADU MOHON DOA


Adam Musa yang baru berusia setahun enam bulan menghidap penyakit jantung kompleks, 'Double Inlet Left Ventricle' sejak dilahirkan, penyanyi dan pengacara, Hunny Madu, 33, memohon orang ramai supaya mendoakan urusan pembedahan pintasan jantung anak keduanya pada pertengahan bulan ini berjalan lancar.





"Saya harap anda sepanjang dua minggu ini mendoakan anak saya, Adam Musa Khairul Azhar yang akan menjalani pembedahan pintasan jantung pertama. Semoga Adam Musa segera pulih selepas pembedahan yang dijalankan di Institut Jantung Negara (IJN) dan diberkati dengan kehidupan yang sihat," katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Pemilik nama sebenar Hani Farhana Mohd Hatim tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada Yayasan IJN, doktor dan kakitangan di atas kelancaran urusan dan layanan sejak anaknya menerima rawatan di situ. Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mendoakan agar Hunny tabah menghadapi dugaan selain mendoakan segala urusan pembedahan anaknya dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar


"Terima kasih kerana segala proses kemasukan Adam Musa ke wad berjalan lancar, malah semua kakitangan memberikan layanan yang baik. Dia asyik menangis sejak pagi, tetapi gembira selepas dapat menikmati buah beri biru dan tauhu dengan nasi. Saya sangat gementar, namun berharap anda semua dapat mendoakan Adam supaya cepat pulih," tambahnya.

Terdahulu, bayi lelaki yang dilahirkan pada Disember 2017 itu pernah dua kali menjalani pembedahan implan sten jantung patent ductus arteriosus (Stent PDA). Selain Adam, Hunny yang mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar Abdul Wahid pada tahun 2010 dan mempunyai seorang anak perempuan, Eva Medina, yang kini berusia tujuh tahun.








www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Astro Gempak & Instagram Hunny Madu


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: