05 July 2019

ANAK BETTY RAHMAD KINI MAKIN TEMBAM


"Saya tidak kisah kerana jika kita memilih untuk berkongsi dengan umum, jadi bersedialah dengan setiap pendapat yang dikeluarkan.

"Kalau tidak mahu pandangan netizen, jangan kongsi apa-apa

"Secara jujurnya tidak pernah ada niat untuk membuat dia popular. Saya hanya cuba berkongsi kegembiraan dan mahu semua gembira bila melihat dia.





"Buat masa ini, saya tiada perancangan untuk membawa dia masuk ke dunia hiburan. Lagipun saya dan suami telah berbincang dan sependapat bahawa biarlah dia pilih sendiri jalan hidup,” ujar Betty Rahmad dipetik sebagai berkata ketika Majlis Pelancaran Bugaboo Ant di The Gardens Kuala Lumpur.

Untuk info, anaknya kini berusia lima bulan dan mempunyai berat 10 kilogram



"Memang sangat mencabar sebab saya tidak tahu cara yang betul untuk menyusukan anak waktu mula-mula lahir dahulu.

"Malah saya sendiri sejujurnya tiada idea bagaimana mahu mendapatkan susu yang banyak.<

"Kadang kala keliru sama ada susu saya cukup atau tidak, adakah terlalu cair, tapi setelah diselidik, rupanya memang bayi lelaki kuat menyusu. Syukur, sekarang dia sudah mula minum 5 aun setiap kali menyusu. Wira sudah tumbuh lima batang gigi,"tambahnya.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: