05 July 2019
AZWAN ALI & SHEILA RUSLY AKHIRNYA TAMATKAN 'PERANG' 2 TAHUN
"Alhamdulillah walaupun macam tak percaya tapi saya bersyukur dapat bertemu dengan Sheila dan memohon maaf kepadanya. Dia pun tak nampak fake, saya yakin dia sudah maafkan. Saya harap pihak lain berhenti melaga-lagakan kami," kata pengacara Azwan Ali apabila persengketaan selama dua tahun antaranya dengan penerbit Sheila Rusly akhirnya menemui titik noktah apabila kedua-dua mereka bersemuka bagi menjernihkan keadaan.
Azwan sebelum ini memberi kritikan 'pedas' terhadap drama terbitan syarikat milik Sheila iaitu 'Misteri Wan Peah' menerusi laman sosial pada 2017. Kritikan tersebut telah mengundang rasa kurang senang Sheila dan juga suaminya yang merupakan pengarah drama tersebut, Azman Yahya atau lebih dikenali Jinggo.
Menurut Azwan, dia yakin penerbit drama itu ikhlas dan tidak berpura-pura menerima permohonan maaf daripadanya. Bercerita mengenai pertemuan bermakna itu, Azwan berkata dia berterima kasih dua rakan selebriti iaitu Sharifah Shahora dan Maria Tunku Sabri yang mengaturkannya.
Klik untuk gambar besar
Biarpun pada awalnya Azwan menyangkakan rakannya itu sekadar bergurau namun dia terkejut dapat bertentang mata dengan Sheila yang ketika itu hadir berseorangan: "Shahora dan Maria yang nak sangat saya berbaik dengan Sheila. Saya ingin berterima kasih kepada mereka berdua yang mengaturkan pertemuan tersebut. Pertemuan itu diadakan di rumah Maria di Taman Melawati baru-baru ini.
"Ketika itu, ada beberapa artis lain juga di sana. Shahora ada beritahu Sheila nak datang dan pada mulanya saya ingat dia bergurau, tapi tiba-tiba Sheila muncul di depan mata... saya memang terkejut dan tergamam. Kecaman yang saya lemparkan kepadanya agak teruk dan sebab itu saya mahu minta maaf kepada Sheila dan Jinggo," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment