15 July 2019
ANAK KEDUA BEDAH JANTUNG HARI INI - HUNNY MADU MOHON DOA
Penyanyi dan pengacara Hunny Madu memaklumkan anak keduanya, Adam Musa Khairul Azhar kini sedang menjalani pembedahan jantung yang dipanggil Glen Shunt Operation di Institut Jantung Negara (IJN). Menurut Hunny, pembedahan kali ini adalah fasa pertama bagi membaiki sistem saraf di sekitar jantung anaknya yang mengalami masalah Double Inlet Left Ventricle sejak dilahirkan pasa Disember 2017.
"Saya hanya memohon semua mendoakan pembedahan Adam berjalan dengan lancar tengah hari ini. Semoga dengan doa-doa anda semua akan menguatkan lagi semangat Adam untuk berjuang," kata pelantun lagu 'Thank You Very Much' (TYVM) itu yang turut memberitahu selepas pembedahan ini, Adam akan menjalani satu lagi pembedahan pada usia empat tahun kelak.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Hunny Madu
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment