15 July 2019

ALIFF AZIZ 'BERMESRA' DENGAN WANITA LAIN: "SAYA TAK KISAH PUN" - BELLA ASTILLAH


Semua mengetahui mengenai penyanyi dan pelakon yang berasal dari Singapura, Aliff Aziz yang sebelum ini menangis sebak menginsafi kesilapannya ketika bertemu Ustaz Ebit Lew, namun terbaru beliau seakan sudah 'move on' dengan kisah lalu apabila memuatnaik gambar 'mesra' bersama wanita lain di laman Instastory miliknya.





Melihat pada gambar tersebut, ia memaparkan Aliff bersama wanita yang dikenali, Tika Sheikh dengan latar belakang seolah mereka sedang berjalan di pantai bersama. Menyedari hal itu, netizen mula mengirimkan gambar berkenaan kepada bekas isteri Aliff, Bella Astillah. Menurut Bella, beliau sedikit pun tidak terkesan dengan gambar berkenaan memandang mereka sudah pun bercerai.

"Saya tak kisah pun. Anda semua sudah tahu yang kami sudah tak ada kena mengena. Ramai yang menghantar mesej peribadi di Instagram dan cuba 'bakar' saya dengan gambar Aliff itu, tapi saya tak kisah pun. Jadi apa-apa yang Alif buat adalah untuk diri dia. Saya pun ada di Malaysia dan dia di Singapura.

"Jadi saya okay saja," jelasnya yang sudah hampir dua bulan bergelar ibu tunggal sejak sah bercerai talak satu dengan Aliff pada 16 Mei lalu selepas berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia 2 tahun.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Rotikaya & Instagram Bella Astillah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: