15 July 2019

PUTRA AMARIS: "TAK ADA BERMASAM MUKA PUN! PELIK CAKAP KAMI TAK BERTEGUR"


"Ya, kami ada terserempak dalam satu program dan bertegur seperti biasa, tak ada bermasam muka pun! Cuma saya pelik kenapa dia cakap kami tak betegur. Rasanya tak perlu dia keluar kenyataan begitu kerana ia hanya akan memburukkan nama saya seolah-olah saya tak kenang jasa dan bersikap kurang ajar.





"Saya sebenarnya tak nak bermusuh dengan sesiapa dan mahu berkawan dengan semua orang tapi kalau dia cakap macam itu, terpulanglah!" demikian tutur pelakon Putra Amaris yang terkejut apabila usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mengeluarkan kenyataan mereka tidak bertegur ketika bertemu dalam satu acara jualan raya, baru-baru ini.

Pada Rabu lalu, Amaris dilaporkan kembali menjalinkan hubungan dan bekerja semula dengan penyanyi lagu 'I Am Me' itu. Vida bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut dan memberitahu mereka tiada sebarang urusan dan tidak mungkin akan berbaik semula.

Klik untuk gambar besar


Memberitahu dia ada menyapa bekas majikannya itu dan tidak pernah bermasam muka dengan jutawan yang berasal dari Kelantan tersebut, Amaris atau nama sebenar Muhammad Amran Ismail, 33, yang menjelaskan konflik yang berlaku itu berkata perkongsiannya sebelum ini adalah kisah lama dan dia sibuk menguruskan perniagaan sendiri.

"Bila masa pula saya kerja semula dengan dia semula, saya dah ada bisnes sendiri buat apa nak kerja dengan dia. Nampak macam saya pula terhegeh-hegeh nak kerja dan berbaik dengan dia lagi. Saya cuma tak menolak mungkin satu hari nanti kita akan ada urusan membabitkan bisnes... itu sahaja!" jelasnya yang kini sibuk menguruskan perniagaan kuih tat diberi nama 'Amaris My Tart'.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Putra Amaris & Datuk Seri Vida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: