15 July 2019

ISU DENGAN 'MAKCIK PUAKA' - FIZZ FAIRUZ MAHU SELESAI SECARA DAMAI


Masih bersikap terbuka untuk memaafkan pemilik akaun Instagram (IG) 'Makcik Puaka' walaupun cuba memfitnah dirinya, pelakon Datuk Fizz Fairuz berkata dia berharap untuk bertemu sendiri dengan pengendali akaun tersebut biarpun sudah berlanjutan lebih tiga bulan.





"Memang dia ada memuat naik kenyataan maaf pada Instagram Stories namun bukan secara peribadi kepada saya. Saya hanya mahu bersemuka dengan individu yang memegang akaun 'Makcik Puaka' itu. Seboleh-bolehnya, saya ingin menyelesaikan masalah ini secara damai dengan individu tersebut," katanya.

Tambah Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin ini, kes terbabit masih dalam siasatan peguamnya: "Kes itu bukan senyap tetapi siasatan masih berjalan. Saya hanya menunggu nasihat daripada peguam dan pihak sewajarnya sebelum meneruskan tindakan selanjutnya.

Klik untuk gambar besar


"Sebenarnya saya sudah mengetahui beberapa butiran peribadi seperti alamat kediaman pengendali IG terbabit. Apa yang boleh dikongsikan setakat ini adalah kami tahu dia seorang lelaki," ujarnya yang sebelum ini difitnah oleh pemilik Instagram tersebut dengan mendakwa dirinya adalah lelaki yang dikatakan bergelar Datuk Seri yang ditangkap khalwat bersama pasangannya di Pulau Perhentian beberapa bulan lalu.

Pada 7 April lalu, Fizz memberikan amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang terbabit dengan isu fitnah itu. Fizz dalam pada itu enggan menerima permohonan maaf bertulis daripada pemilik Instagram itu.

Laporan polis sudah dibuat pada 16 April selepas kegagalan 'Makcik Puaka' membuat permohonan maaf seperti yang dituntut dalam tempoh yang telah diberikan. Susulan kejadian itu, pemilik akaun tersebut sudah tidak menggunakan nama 'Makcik Puaka' sebagai identitinya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fizz fairuz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: