15 July 2019

"KENYATAAN KAMI DIMANIPULASI... MEREKA SALAHKAN KELUARGA....." - FIZO OMAR


"Bila saya dan Mawar bagi kenyataan, kenyataan kami dimanipulasi. Mereka menyalahkan keluarga Mawar dan juga keluarga sebelah pihak saya. Ada yang kata saya anak mak. Isu anak mak itu tak tahulah... memang dari dulu lagi, hampir berbelas-belas tahun. Saya jaga mak saya. Mak saya seorang ibu tunggal, dia pun menghidap kencing manis serta mempunyai masalah penglihatan.





Arwah ayah saya meninggal, saya mengambil tanggungjawab untuk menjaga mak saya. Macam mana mak saya mendidik saya, macam itulah saya mendidik anak saya untuk menjaga maknya," demikian kata pelakon Fizo Omar yang mengakui kenyataan yang dikeluarkan dirinya dan bekas isteri, Mawar Abdul Karim telah dimanipulasi oleh sesetengah pihak.

Ujar Fizo, ramai yang mendakwa isu penceraian mereka berlaku disebabkan campur tangan ahli keluarga. Tambah pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar ini, hubungan Mawar dengan ibunya dalam keadaan baik: "Saya sendiri kurang jelas apa yang Mawar cuba sampaikan. Tetapi saya percaya Mawar seorang yang baik, dia tidak akan memburukkan mak mertua sendiri.

Klik untuk gambar besar


"Mawar baru sahaja bertemu dengan mak saya untuk mengambil Maryam. Tiada pergaduhan berlaku. Saya dengan mak Mawar pun okey, tidak bermasam muka," tuturnya yang berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya selepas menceraikan Mawar dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi pada pagi Rabu.

Perkahwinan pasangan itu mula dikatakan berdepan dengan masalah dan menjadi bualan hangat netizen apabila Fizo menyambut Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak. Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fizo Omar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: