16 July 2019

ANAK KEDUA SELAMAT DIBEDAH JANTUNG - HUNNY MADU LUAH RASA SYUKUR


Lewat petang semalam, anak kedua penyanyi dan pengacara Hunny Madu iaitu Adam Musa, 2, selamat menjalani pembedahan jantung Glen Shunt Operation yang mengambil masa selama empat jam.





Hunny meluahkan rasa syukur apabila pembedahan yang dijalani Adam, anak bongsu dari dua beradik dilahirkan pada Disember 2017 yang mempunyai masalah jantung Double Inlet Left Ventricle sejak bayi itu berjalan dengan lancar.

Menerusi kemas kini Instagram Story, Hunny memaklumkan pembedahan membetulkan sistem saraf pada jantung Adam berjalan lancar.

"Alhamdulillah, Adam selamat menjalani pembedahan yang berjalan selama empat jam. Terima kasih atas semua doa yang anda kirimkan buat Adam, saya akan terus maklumkan keadaannya dari masa ke semasa," tulisnya.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Hunny Madu


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: