15 July 2019

14 FOTO - SUASANA AQIQAH & DOA SELAMAT EDRIEL OBIL, ANAK DYNAS & SHAZRIK


Pada hujung minggu lalu, pelakon dan pengacara Dynas Mokhtar dan suaminya, pengusaha ladang ayam, Shazrik Din telah mengadakan majlis aqiqah serta doa selamat buat anak mereka, Edriel Obil. Menerusi entri di laman Instagram, Dynas telah berkongsi foto-foto di sekitar majlis tersebut.





Dalam majlis tersebut, Dynas dan suaminya, Shazrik mengenakan baju rona biru sedondon dengan anak-anak mereka pada hari tersebut. Majlis serba lancar itu turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan terdekat pasangan ini.

Rata-rata pengikut laman Instagram memuji kecantikan Dynas selepas berpantang dan mereka turut mendoakan agar anaknya dapat membesar dengan sihat. Dynas berkahwin dengan Shazrik pada April tahun lalu selepas empat tahun menjadi ibu tunggal. Menerusi perkahwinan pertamanya, Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khayra Khalyssa, 8, dan Mohamed Haqaish, 6.

Klik untuk gambar besar



























www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Dynas Mokthar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: