15 July 2019

FOTO 'MESRA' BERSAMA ALIFF AZIZ - WANITA TAMPIL JELASKAN DIA SEPUPU


Foto yang dimuatnaik penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dimana dirinya bersama wanita lain menerusi InstaStory miliknya pada malam Ahad lalu, menjadi perhatian dan hangat diperkatakan dimedia sosial. Malah, ramai yang menghantar foto tersebut kepada bekas isterinya, Bella Astillah dengan tujuan mencetuskan provokasi.





Rata-rata netizen juga beranggapan wanita tersebut merupakan kekasih baharu penyanyi kelahiran Singapura itu. Dalam pada itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 25, menerusi laman InstaStory memberitahu dia tidak kisah mengenai foto tersebut memandangkan hubungannya dengan Aliff sudah berakhir.

Enggan isu tersebut terus dipanjangkan, wanita dalam foto bersama Aliff yang dikenali, Tika Sheikh tampil menjelaskan bahawa dia adalah sepupu kepada Aliff. Tika yang membalas komen netizen di laman Instagram berkata, dia bimbang hubungan dengan Aliff disalah tafsir netizen sehingga mencetuskan spekulasi.

Klik untuk gambar besar


"Sis, saya lagi risau kalau orang salah anggap. Saya dengan dia sepupu. Jangan risau sangat ya sis... I love you too thank you," ujarnya ketika menjawab komen seorang netizen.

Nama Aliff Aziz menjadi perbualan hangat netizen apabila dia sering dikaitkan dengan isu curang selepas beberapa kali kantoi dengan wanita lain. Gara-gara isu curang yang tidak berkesudahan itu, Aliff dan Bella akhirnya memutuskan untuk bercerai pada 16 Mei lalu selepas bernikah pada 9 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamad Ayden Adrean berusia dua tahun.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: