01 July 2019

ANIS AL-IDRUS: "SAYA TAK PERNAH BUAT KENYATAAN SUDAH BERTUDUNG PENUH"


Tidak pedulikan kritikan netizen apabila mengeluarkan kenyataan yang dia tidak pernah mengumumkan dirinya sudah bertudung penuh, sebaliknya selesa dengan imej berturban, pelakon dan pengacara, Anis Al-Idrus memberitahu selama ini dia hanya menutup rambut dan berharap agar terus dibukakan hati untuk menjadi Muslimah yang lebih baik.





Menurut Anis atau nama sebenarnya, Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, dia selesa dengan penampilan turban dan tidak mahu tergesa-gesa menukar penampilan kepada bertudung penuh. Tuturnya, apabila bertudung penuh kelak dia berharap bukan hanya penampilannya berubah, tetapi segala aspek sebagai seorang Muslimah harus diperkemas.

"Pertama sekali, saya tidak pernah membuat kenyataan saya sudah bertudung penuh. Selama ini, saya hanya menutup rambut dengan imej turban sahaja. Pada saya, kalau ingin bertudung penuh, banyak perkara yang saya perlu ambil kira atau ubah.

Klik untuk gambar besar


"Misalnya, dari segi pertuturan dan pergaulan harus dititikberatkan untuk menjaga kehormatan seorang wanita Muslimah. Sebagai seorang pelakon, saya tahu apa yang boleh saya lakukan. Walaupun masih belum bertudung penuh, perlu menjaga adab. Tiada adegan seks melampau atau seumpamanya dalam projek lakonan.

"Saya akan kekal dengan imej turban buat masa sekarang termasuk ketika berlakon. Apa yang cuba disampaikan, saya tidak pernah mengumumkan sudah bertudung penuh, namun selesa dengan imej turban (menutup rambut). Saya tutup rambut untuk menjadi wanita Muslimah yang lebih baik pada masa akan datang. Insya-Allah.



"Pakai tudung bukan satu perkara yang boleh dipaksa. Kritikan akan datang terutama selagi saya masih berada dalam bidang ini. Keikhlasan pakai tudung mesti datang daripada hati bukan daripada paksaan mana-mana pihak. Ada yang bertudung, tetapi tidak menjaga perangai dan secara tidak langsung akan menjejaskan imej agama Islam," jelasnya.

Dalam pada itu, Anis yang sudah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Rafzan Nurhikmal Abdul Halim menjelaskan kehidupannya bahagia meskipun belum dikurniakan rezeki cahaya mata.

"Masih belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata. Namun, saya bersyukur dengan apa yang saya miliki hari ini, tidak kisah ada anak atau tidak. Lagipun, masing-masing sangat sibuk dengan kerja buat masa sekarang. Doakan sahaja agar saya dah suami dikurniakan rezeki untuk mendapat cahaya mata," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Anis Al-Idrus


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: