01 July 2019

"TAK AKAN AMBIL HAK ORANG LAIN" - REZA HASBI BERSYUKUR DAH ADA 'JOB'


"Setelah sebulan berkongsi cerita mengenai kesempitan hidup, masih ada netizen yang sindir dan perli-perli saya serta keluarga di laman sosial kononnya pemalas dan nak ambil hak orang lain yang lebih susah. Sebenarnya, saya bukanlah nak minta zakat yang diperuntukan untuk orang fakir miskin, sebaliknya hanya terfikir untuk memohon zakat bagi memulakan perniagaan atau apa-apa yang sesuai dengan keadaan saya.





"Saya pun masih sedar diri dan tak akan ambil hak orang lain. Ada orang lebih susah dan layak untuk menerima zakat itu," demikian kata pelakon Reza Hasbi yang sedih apabila terus menjadi mangsa kecaman netizen berikutan luahan mengenai kesempitan hidup sehingga merancang membuat permohonan bantuan di pusat zakat pada hujung Mei lalu menjadi tular di media sosial.

Menurut Reza, 30, sehingga kini dia masih menerima mesej berbentuk sindiran daripada netizen yang mempersoalkan niatnya meminta bantuan zakat dan beranggapan dia seorang yang pemalas dan cuba mengambil hak orang lain yang lebih susah.

Klik untuk gambar besar


Tambah Reza atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Habullah lagi, isterinya ketika itu terkejut apabila dia menjadi sebutan di media sosial dan masih belum biasa dengan kecaman netizen namun kini sudah faham dan keadaan semuanya sudah okay seperti biasa.

Bercakap mengenai perkembangan terkini, Reza memberitahu dia ada menerima beberapa tawaran berlakon drama dan filem. Selain itu, dia juga membantu menjual produk milik seorang usahawan, ikon fesyen terkenal dan pelakon, Wak Doyok.

"Alhamdulillah saya ada terima beberapa tawaran berlakon drama dan filem. Walaupun hanya watak sampingan, sedikit sebanyak ia membantu saya menjana pendapatan untuk keluarga. Saya juga membantu menjual produk keluaran Wak Doyok dan apa yang boleh saya kata rezeki saya bertambah selepas apa yang telah berlakon.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Reza Hasbi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: