01 July 2019

AMYRA ROSLI SAH HAMIL LAGI - AQEEF ANAQI BAKAL DAPAT ADIK


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pasangan pelakon, Amar Baharin dan Amyra Rosli yang bakal menimang cahaya mata kedua mereka tidak lama lagi. Perkhabaran gembira itu diumumkan Amar menerusi Instagram dimana isterinya melakukan kejutan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-34 tahun hari ini (1 Julai) dengan memaparkan alat ujian kehamilan yang menunjukkan tanda positif.





Menerusi perkongsian itu, Amar turut meluahkan rasa syukur serta menyifatkan ia merupakan adalah hadiah hari lahir paling bermakna buat dirinya: "Hadiah paling best daddy dapat untuk birthday yang ke-34. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini".

Entri berkenaan turut menerima dibanjiri ucapan tahniah daripada teman artis dan pengikut pasangan yang sebelum ini dikurniakan anak lelaki, Aqeef Anaqi. Difahamkan, pasangan itu mendapat tahu khabar gembira itu, baru-baru ini. Ibu Amyra, Noor Zaridah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Semoga kehamilan anak kedua yang difahamkan kini berusia tiga minggu ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Untuk makluman, Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 15 Oktober 2017 iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun.

Klik untuk gambar besar








ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO



www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Amar Bahrin, Amyra Rosli & Aqeef Anaqi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: