01 July 2019

TAHNIAH - IZREEN & UDE SELAMAT TIMANG ANAK LELAKI, AARON IBRAHIM


"Syukur Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar dan baik sekali.. Terima kasih bagi semua yang mendoakan untuk saya dan baby.. SABTU (29/6/2019).. 1.46AM.. "AARON IBRAHIM BIn MUHAMMAD RADZI"," demikianlah tulis pelakon Izren Azminda, 34, yang mengumumkan berita gembira dia selamat melahirkan anak lelaki Sabtu lalu hasil perkahwinannya dengan pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude Wahid, 31, pada 8 Ogos 2017.





Menerusi perkongsian itu di laman Instagram, pelakon drama 'Ahli Mesyuarat Tingkap' itu meluahkan rasa syukur proses kelahiran berjalan dengan lancar selain mengumumkan nama bayi lelakinya. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Izreen dan juga Ude.

Sebelum Izreen ini pernah berkahwin dengan jurugambar, Muhamad Riza pada 2012 namun bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar. Sementara itu, Ude pula memiliki dua cahaya mata, Arish Muqri, 4, dan Ariq Muqri, hasil perkahwinan pertama dengan Intan Liana Saleh.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Rotikaya, Berita Harian & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: