01 July 2019

"TAK LARAT... DAH BANYAK KALI KITA CAKAP PUN TAK NAK DENGAR" - ROHANA JALIL


Nama pelakon dan penyanyi Kilafairy menjadi bualan ramai susulan tular fotonya berpakai motif kulit ular baru-baru ini. Mengulas mengenai perkara itu, ibunya yang juga penyanyi, Rohana Jalil berkata dia sudah banyak kali memberikan teguran kepada anaknya.





Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil enggan mengambil pusing dan tidak kisah dengan komen kecaman yang dilemparkan netizen terhadap anaknya. Malah, penyanyi era 80-an yang popular dengan lagu 'Rayuanku' itu berkata yang dia juga pernah muda dan baginya itu adalah tindakan biasa anak muda.

"Saya dah tak larat nak komen, budak-budak sekarang. Sebelum ini pun dah banyak kali kita cakap pun tak nak dengar. Nak cakap berulang kali pun benda yang sama. Bila dia (Kila) pakai macam itu dan orang komen dia akan berhenti sekejap. Lepas itu, empat ke lima bulan lagi mesti dia buat semula. Jadi, saya tiada komen untuk perkara sebegini.

Klik untuk gambar besar


"Suka hatilah nak kecam atau cakap apa, saya selesa dengan pendekatan tidak ambil tahu. Saya tak suka terlalu fikirkan masalah. Rahsia saya kekal sihat pada usia 64 tahun ini pun kerana sejak dulu tidak suka fikir masalah. Saya selesa gembira selalu dan fikir positif. Kalau bergaduh dengan orang lain pun, saya selalunya cepat lupa,” katanya.

Sebelum ini, pelakon Kilafairy enggan memberi komen berhubung isunya memakai pakaian motif kulit ular sawa dan memuatnaik foto di laman Instagram (IG). Kilafairy atau Kila, 27, yang ditemui media memberitahu dia tidak mahu perkara itu (berpakaian motif kulit ular) terus dipersoalkan.

"Saya tidak mahu komen lebih-lebih mengenai perkara ini. Apa yang saya boleh katakan saya selesa dan suka dengan apa yang saya pakai. Kadang-kadang saya tanya ibu bapa soal apa yang boleh dipakai tetapi biasalah saya ini degil orangnya. Walaupun sudah dilarang saya pakai juga," tuturnya mengenai foto yang sebelum ini menerima reaksi kurang senang dalam kalangan pengikutnya dan warganet yang berharap Kila lebih peka dengan pemilihan pakaiannnya.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: