01 July 2019

'DISERANG' BALAS KOMEN SUAMI ORANG - NABILA RAZALI MOHON MAAF, JELASKAN


"Terus-terang, saya melayan semua peminat secara sama rata di laman sosial. Sebagai artis, saya perlu membalas setiap komen daripada peminat kerana tanpa peminat siapalah saya. Namun, saya juga tidak tahu sama ada status peminat saya itu suami orang atau masih bujang kerana ia sekadar hubungan artis dan peminat sahaja serta tidak lebih daripada itu," tutur penyanyi Nabila Razali.





Tidak menyangka hanya kerana membalas komen peminat lelaki di laman sosial, Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali, 27, 'diserang' oleh isteri peminat lelaki terbabit dan memintanya untuk tidak membalas komen suaminya lagi. Bagaimanapun Nabila tampil memohon maaf andai kiriman balas komen terhadap peminat lelaki itu menganggu rumah tangganya.

Tegas Nabila, beliau tidak mempunyai sebarang minat untuk menjalin cinta dengan suami orang: "Saya mohon maaf andainya komen itu mengguris hati wanita itu atau boleh mengeruhkan rumah tangganya. Saya akan lebih berhati-hati untuk membalas komen peminat selepas ini kerana tidak mahu insiden sebegini berulang," jelas penyanyi lagu 'Vroom Vroom' & 'Pematah Hati' itu.

Pada masa sama kata Nabila, dia tidak berminat untuk menjalin hubungan cinta dengan suami orang: "Sebagai penyanyi yang menceburi bisnes, saya juga berkawan dengan lelaki yang sudah berkahwin tetapi untuk urusan perniagaan dan sentiasa menjaga batas dalam pergaulan. Buat masa ini, saya belum memiliki teman istimewa kerana mahu fokus mengukuhkan nama dalam karier seni dan bisnes".

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Nabila Razali


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: