01 July 2019

SETELAH 4 TAHUN KAHWIN, SITI ELIZAD RANCANG BUAT IVF UNTUK HAMIL


"Saya dah tak lalukan apa-apa rutin rawatan kecantikan kira-kira sejak setahun lalu. Sebabnya bimbang ia boleh mengganggu usaha.

"Namun jujurnya saya baru saja terfikir untuk melakukan kaedah IVF, cuma saya lebih selesa untuk bertanya pakar terlebih dulu sebelum melakukan kaedah tersebut.






"Akan tetapi, saya jarang untuk kongsi apa yang kami cuba usahakan sebabnya takkanlah saya nak cerita dari A hingga Z. Sebenarnya tiap tahun saya cuba tetapi saya sangat terbuka untuk bercerita kalau ada yang tanya.

"Tak kisah untuk berkongsi kerana saya ibaratnya mewakili wanita di luar yang senasib positif dan tak sedih," ujar Siti Elizad Sharifuddin dipetik sebagai berkata mengenai usahanya menimang cahaya mata.



"Saya pun pergi berurut juga. Semua tempat yang ada tawarkan perkhidmatan sedemikian, saya cuba untuk pergi. Cuma sekarang saya dapatkan nasihat doktor. Perlu bermula dari bawah dan dia ada saran untuk mendapatkan ubat kesuburan terlebih dulu.

"Tapi kalau saya buat (IVF), saya akan kongsikan pada semua. Saya akan bagi tahu sebab saya nak wanita yang sama kisahnya dengan saya dapat manfaat dan informasi. Begitu juga dari segi harganya," tambahnya yang telah mendirikan rumah tangga dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman sejak 11 Januari 2015.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: