02 July 2019
SENGKETA BERAKHIR CARA MEDIASI: "AKHIRNYA BOLEH TIDUR LENA" - AISHAH
Akhirnya kemelut yang melanda usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) dan penyanyi Aishah berhubung dakwaan hadiah berlian palsu yang diterima di Gegar Vaganza musim ke 4 (GV4) menemui titik noktah setelah sekian lama. Menurut peguam yang mewakili Aishah, Muhammad Izwan Azmi, kes itu berjaya diselesaikan melalui mediasi diantara kedua-dua belah pihak yang berlangsung di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
"Mediasi berjaya diselesai dengan baik. Dalam erti kata lain tiada perbicaraan penuh akan berlangsung. Cuma terma-terma yang dipersetujui itu saya belum boleh nak kongsi. Butiran selanjutnya akan dijelaskan kemuadian. Pihak Aishah dan Datuk Vida telah merekodkan penghakiman persetujuan di hadapan yang Arif," katanya.
Penyanyi lagu 'Janji Manismu' itu akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan butiran lanjut mengenainya dalam masa terdekat. Dalam pada itu, Aishah meluahkan rasa syukur apabila mendapat pembelaan yang adil dalam perjuangannya sebagai anak seni.
Klik untuk gambar besar
"Tabik! Menusuk jiwaku... Allah, Allah, Allah, sesungguhnya hanya Kau yang mengetahui perjalanan penuh berliku sebagai anak seni, dipuja dan dipuji. Tak kurang dicaci maki... Namun aku tetap aku, tak pernah nak ambil jalan singkat atau mudah untuk berjaya.
"Akhirnya boleh tidur lena selepas segala kekusutan bakal terjawab. Ini perjuangan untuk semua anak seni. Semoga kerjaya kita diiktiraf sebagai satu kerjaya yang profesional dan bukan sewenang-wenangnya diperlekehkan oleh sesiapa," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Aishah & Datuk Seri Vida
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment