02 July 2019

"SAYA INI DEGIL ORANGNYA... WALAUPUN SUDAH DILARANG, TETAP PAKAI" - KILAFAIRY


"Saya buat dan pakai apa yang saya suka. Orang ingin kritik, silakan kerana tidak memberi kesan kepada saya. Lagi mereka kutuk, lagi meningkat motivasi saya untuk membuktikan tetap boleh berjaya dan masih berada di tempat sekarang. Keluarga dan teman-teman rapat kenal siapa saya. Asalkan ibu bapa saya tidak terganggu, saya okey sahaja.





"Namun kalau fesyen yang melampau, mereka ada juga tegur dan saya akan tunduk terhadap nasihat mereka. Kadang-kadang saya merujuk kepada ibu bapa dalam soal pemakaian, tetapi biasalah saya ini degil orangnya, walaupun sudah dilarang, tetap pakai. Saya tidak pernah mengendahkan komen netizen malah saya tidak pernah membaca komen mereka.

"Saya berbuat begini kerana tidak mahu sesuatu isu itu terus diperkatakan. Apabila saya mengambil langkah untuk tidak komen lebih-lebih, lama-kelamaan mereka akan diam," getus pelakon dan penyanyi KilaFairy yang bertegas ibu bapanya dan keluarga tahu apa dipakai dan dilakukannya.

Tidak mudah melatah dengan pandangan umum biarpun imejnya sering dipertikai, Kilafairy, 27, akur sudah terbiasa dengan perhatian warganet yang gemar mempertikai penampilannya dan tidak menganggap semua itu sebagai tekanan. Dia juga tidak melatah setiap kali menerima komen pedas mereka yang membenci penampilan beraninya kerana baginya, penilaian setiap individu tidak sama.

Klik untuk gambar besar


Sekali lagi dikecam apabila baru-baru ini menyarung persalinan ketat bermotif ular, pemilik nama lengkap Syakila Nisa Jahangir Khan itu berkata, pengalaman ibunya, penyanyi Rohana Jalil yang terlebih dahulu makan garam dalam dunia seni turut membantunya lebih kebal menangani pandangan orang.

"Bagi saya, seksi itu subjektif. Jika ada komen panas yang menyakitkan hati, saya abaikan sahaja kerana tidak mahu ia memberi kesan kepada diri. Saya tidak mudah melatah, malah tidak akan menutup ruangan komen di Instagram hanya kerana takut dengan pandangan orang. Apa juga yang saya buat, pasti ada yang tidak kena pada mata segelintir pengikut.

"Ibu sangat kuat dan kental, malah saya mewarisi sifat serta keberanian itu daripadanya. Selalu dia ingatkan saya supaya bersedia dari segi mental dan emosi. Prinsip itu juga membuatkan saya tidak mudah melatah setiap kali menerima kritikan. Biarpun ada yang memandang negatif, hidup perlu diteruskan," katanya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo, Berita Harian & Instagram Kilafairy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: