06 July 2019

"ANUGERAH & AMANAH DIPERTANGGUNGJAWABKAN" - UMIE AIDA AMBIL ANAK ANGKAT KE-3


"Penawar hatiku, anugerah dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Alhamdulillah, ku terima amanah ini dan akan menjaganya sebaik mungkin, Insya-Allah," demikian tulis pelakon Datin Seri Umie Aida yang mengambil anak angkat ketiga yang merupakan seorang bayi perempuan.





Perkara itu dikongsi Umie menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum. Menurut Umie, dia bersyukur dengan amanah dan tanggungjawab itu dan akan menjaganya dengan sebaik mungkin. Namun begitu, teraju utama filem 'Dukun' ini masih belum berkongsi nama bayi perempuan tersebut.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Umie mengucapkan tahniah dan tumpang gembira dan mendoakan bayi itu menjadi seorang anak yang solehah. Sebelum ini, Umie yang berkahwin dengan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada 14 Mac 2010 di hadapan Kaabah, Masjidil Haram Mekah itu telah membesarkan dua orang anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26, dan Mohd Dzulhilmi, 25.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Umie Aida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: