02 July 2019

BEKAS ISTERI PU ABU DEDAH WAJAH 'MUHAMMAD ADAM AYSAR'


Menerusi entri terbaru di laman Instagram, bekas isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Ain 'Afini Latif telah mendedahkan wajah selain juga turut berkongsi nama anak sulungnya yang merupakan lelaki hasil perkahwinan dengan penceramah bebas itu.





"Muhammad Adam Aysar, tak sangka dah nak sebulan dah sayang. Moga umi direzekikan dapat menjaga dan melihat kamu membesar hingga sampai waktunya. Umi tak ada benda lain boleh bagi melainkan jiwa umi cukup besar untuk terus beri kasih sayang pada Aysar," tulis Ain.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji wajah Aysar yang kelihatan sangat comel. Selain itu, pengikut Ain di laman Instagram juga mendoakan agar wanita itu kuat dan tabah untuk membesarkan Aysar biarpun kini menggalas tugas sebagai ibu tunggal.

Terdahulu, Ain diceraikan oleh PU Abu kerana mendakwa dirinya tidak sanggup dimadukan dengan seorang janda berusia 24 tahun, dikenali sebagai Hana Azraa. Ain mengundang simpati netizen apabila dia diceraikan suami ketika sedang sarat hamil tujuh bulan dan selamat melahirkan anaknya pada 7 Jun lalu.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: