02 July 2019
ISU TURBAN - SYIFA MELVIN MINTA MAAF, AKUI IMAN MASIH TURUN NAIK
Jika sebelum ini dikecam memakai turban sehingga menampakkan bahagian hadapan rambut, kini pelakon Syifa Melvin mengakui kesilapannya kerana terlalu mengikut nafsu dalam bergaya. Syifa atau nama penuhnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 25, berkata dia menerima teguran dan kritikan netizen yang kurang senang dengan cara fesyen tersebut.
"Saya mengaku salah dan minta maaf kerana berpakaian mengikut nafsu sebab nak bergaya. Tapi tidak la sampai menunjukkan separuh rambut, saya faham ia tetap salah malah saya tidak menyalahkan netizen yng kritik. Apa yang kita buat, kenalah telah sendiri telah sendiri sebab kita yang pilih untuk lakukan perkara itu," katanya.
Pelakon drama mini 'Sis Cuba' ini menggayakan penampilan tersebut ketika majlis rumah terbuka dan pelancaran produk kecantikan yang diasaskan empat beradik Melvin pada Ahad lalu. Malah, ada segelintir netizen membuat dakwaan bahawa pelakon itu bakal membuka tudung tidak lama lagi.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini turut berkata, dirinya masih dalam proses belajar dan akui imannya masih tidak teguh. Bagaimanapun, Syifa meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir netizen yang mendoakan dia tidak lagi berhijab disebabkan penampilan tersebut.
"Saya pun baru lima tahun berhijab dan mengakui iman masih turun naik. Tapi tidak la sampai saya ingin buka tudung. Ada saya baca komen netizen yang mendoakan saya tidak lagi berhijab dan anggap ia komen yang terlalu negatif. Bagi saya, orang tu buat salah atau melakukan tindakan tidak betul, usahlah kita mendoakan yang lagi buruk dan terus mencaci," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment