02 July 2019
MASUK HOSPITAL - FADILAH MANSOR ALAMI MASALAH JANTUNG
"Alhamdulillah, berbanding semalam, hari ini dia sudah nampak semakin bertenaga dan boleh berbual macam biasa. Sebelum ini, dia memang mempunyai masalah jantung, tetapi tidak serius. Ketika arwah abah masih ada, mereka kerap buat pemeriksaan berkala.
"Cuma, mungkin disebabkan letih, tidak berselera makan dan pening, dia jadi sukar bernafas. Pada awalnya, kami sangkakan gastrik," kata pelakon Khir Rahman yang memberitahu keadaan ibu tirinya, pelakon Datin Fadilah Mansor, 59, yang kini sudah beransur stabil selepas menerima rawatan, namun doktor masih menjalani pemantauan.
Balu Allahyarham penyanyi popular era pop yeh yeh, Datuk A Rahman Hassan ini dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), kelmarin disebabkan masalah jantung. Sementara itu, Fadilah menerusi balasan kiriman menerusi WhatsApp memaklumkan, dia ditempatkan di Wad Pemulihan Jantung HKL.
"Ya, saya kena serangan jantung. Mungkin disebabkan tekanan," katanya yang mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2014 dengan arwah A Rahman (meninggal dunia diusia 73 tahun, 13 Jun lalu) itu secara ringkas selain turut berterima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatannya.
www.myartis.com / Sumber: Beriat Harian
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment