02 July 2019
INTAN LIANA SALEH: "TAK BERMAKNA BUAT STATUS ADA KENA MENGENA ORANG SANA"
"Caption macam ni pun ada nampak kita raih simpati ke atau buat orang komen bukan-bukan untuk pihak sana? Kalau rasa meluat atau rasa saya jahat tak payah tengok IG saya senang cerita. Tak bermakna buat status ada kena mengena dengan orang sana.
"Please-lah saya pun ada kehidupan sendiri, bukan aku hidup dengan dia je," kata bekas madu pelakon Izreen Azminda, Intan Liana Saleh menerusi ruangan Instastories hari ini, yang meluahkan rasa kesal terhadap segelintir individu yang masih mengaitkannya dengan kehidupan bekas suaminya, Ude Wahid.
Jelas Intan, setiap posting di Instagramnya tidak ditujukan kepada mana-mana pihak apatah untuk meraih simpati. Terdahulu dalam sebuah entri di laman Instagram, Intan berjanji untuk melakukan yang terbaik buat anak-anaknya yang masih kecil.
Klik untuk gambar besar
Meninjau ruangan komen pada entri terbabit, netizen rata-rata memberikan kata-kata semangat buat Intan dan mahukan pengadilan sewajarnya bagi pihaknya. Malah, ada antara pengguna media sosial yang memetik nama bekas suaminya, Ude dan Izreen yang baru menimang cahaya mata baru-baru ini.
Penghujung tahun lalu, dunia hiburan gempar apabila Izreen membuat pengakuan terbuka menjadi isteri kedua kepada Ude, sejak 8 Ogos 2017. Intan dan Ude bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 22 Mac tahun lalu. Mereka bernikah pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment