18 July 2019
BELUM SEDIA BERTUDUNG, SUAMI TAK DESAK - FASHA MINTA PEMINAT DOAKAN
"Ramai yang suka melihat saya bertudung pada Ramadan lalu dan mengharapkan saya kekal berhijab. Saya sangat menghargai harapan dan doa mereka. Buat masa ini, saya masih lagi belajar dan beri saya masa kerana banyak yang perlu diperbaiki. Secara jujur, saya bimbang untuk bercerita mengenai soal tudung kerana takut disalah erti.
"Namun, saya tetap berusaha untuk melakukan yang terbaik. Doakan saya," ujar pelakon Fasha Sandha, 35, yang menjelaskan dia belum bersedia dan masih dalam proses belajar memakai tudung dan meminta peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Tambah Fasha, suaminya pelakon Aidil Aziz juga tidak pernah mendesaknya untuk memakai tudung: "Aidil tidak memaksa atau mendesak, malah dia memberikan saya kebebasan kerana tahu apa yang terbaik untuk saya. Aidil memberikan ruang untuk saya belajar dan berubah perlahan-lahan".
"Iman kita ada turun naiknya. Jadi, lebih baik saya tetapkan hati terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Cuma harapan saya adalah peminat dapat mendoakan yang terbaik untuk saya," tutur pelakon drama 'Lara Aishah' yang mempunyai sepasang cahaya mata hasil perkahwina terdahulu.
Sebelum ini, penampilan Fasha yang dilihat berhijab sepenuhnya sepanjang bulan Ramadhan lalu menarik perhatian ramai peminat. Mereka turut berharap agar Fasha kekal dengan imej itu. Apapun, doakan yang baik-baik untuk Fasha agar satu hari nanti dia akan terbuka hati untuk kekal berhijab. Biarlah perubahan itu dilakukan tanpa paksaan dan lahir dari hati yang ikhlas kerana Allah Taala.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Kosmo & Instagram Fasha Sandha
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment